AYAT AL-QURAN DAN HADITH BERKAITAN TOPIK
BERKENAAN
Antara ayat al-Quran yang menegaskan akan
pengharaman ini adalah firman Allah SWT:
1-
إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ
الْخِنزِيرِ
Maksudnya: Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan
kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi.
(Surah al-Baqarah: 173)
Ibnu Kathir berkata, “Begitu juga dilarang
memakan daging babi baik yang mati dengan cara disembelih atau mati dalam
keadaan tidak seperti biasanya. Lemak babi juga haram dimakan sebagaimana
dagingnya kerana penyebutan daging dalam ayat cuma menunjukkan keumuman (aghlabiyyah) atau dalam
daging juga sudah termasuk pula lemaknya, atau hukumnya diambil dengan
jalan qiyas (analogi).”
(Lihat Tafsir
al-Qur’an al-‘Azim, 2/36)
Ibn al-‘Arabi berkata: “Umat telah
bersepakat haramnya daging babi dan seluruh bahagian tubuhnya. Dalam ayat
disebutkan dengan perkataan ‘daging’ kerana babi adalah haiwan yang disembelih
dengan maksud mengambil dagingnya. … Dan lemak babi termasuk dalam larangan
daging babi.” (Lihat Ahkam
al-Qur’an, 1/94)
2-
(وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ) yang bermaksud: “Bahawa dia (Nabi Muhammad) telah
mengharamkan ke atas mereka semua yang kotor.” (al-A'raf: 157)
3-
قُل لَّا أَجِدُ فِي مَا أُوحِيَ إِلَيَّ مُحَرَّمًا
عَلَىٰ
طَاعِمٍ
يَطْعَمُهُ
إِلَّا
أَن
يَكُونَ
مَيْتَةً
أَوْ
دَمًا
مَّسْفُوحًا
أَوْ
لَحْمَ
خِنزِيرٍ
فَإِنَّهُ
رِجْسٌ
أَوْ
فِسْقًا
أُهِلَّ
لِغَيْرِ
اللَّهِ
بِهِ
Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Aku
tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan
bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah
yang mengalir, atau daging babi – kerana sesungguhnya ia adalah kotor – atau
sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama
yang lain dari Allah.’”[3]
3-
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu, menyatakan
Rasulullah SAW pernah bersabda terkait Air liur anjing:
( طُهُورُ إِنَاءِ أحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فِيهِ الكَلْبُ أنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُولاَهُنَّ بِالتُّرَابِ )
رواه مسلم ( 279
“Sucinya
wadah kalian apabila dijilat anjing, adalah dengan dibasuh sebanyak tujuh kali,
basuhan pertama dengan debu.” (HR. Muslim, no. 279)
Di riwayat lainnya dari Muslim, Rasulullah
bersabda:
“Jika
anjing menjilati wadah, maka basuhlah sebanyak tujuh kali, dan yang kedelapan
taburkan dengan tanah.” (HR. Muslim, no. 280)
Kemudian, berdasarkan hadits ini, Syaikhul Islam
Rohimahullah berkata:
Banyak perselisihan para ulama islam terkait air
liur anjing ini. Ada tiga pendapat diantaranya:
1. Anjing adalah najis termasuk bulunya. Ini
diungkap dalam mazhab syafi’i dan satu diantara dua pendapat dalam mazhab
Ahmad. Baca juga tentang Keutamaan Memelihara Kucing Dalam Islam
2. Bulu anjing suci, namun liurnya najis. Ini
pendapat dari mazhab Abu Hanifah, dan satu pendapat lainnya dari mahzab Ahmad.
3. Anjing adalah suci. Termasuk liurnya. Pendapat
ini ada dalam Mazhab Maliki.
Dari ketiga pendapat ini, pendapat kedua adalah pendapat yang paling
benar. Oleh karena itu, apabila bulu anjing yang lembab menempel pada baju atau
tubuh seseorang, tidaklah najis.
Hal ini diperkuat dalam Majmu Fatawa,
21/530